Click me! Click me!

Tuesday, May 24, 2011

Pecal Sekinchan

Tadikan masa mama dok mengusha-usha FB sekali nampak member post gambo pecal...adoi..terliur rasanya..mana taknya..masa balik kg ari tu lupa pesan kat adik mama pi bli pecal kat pasar..dah la tu pasar tu cuma hari Selasa sahaja..nak dapat cuti balik kg ari Selasa susah wooo...alahai..teringat2 kuah kacangnye tu...Ya-Allah..sedap tau..

Oppss... sorry..mesti ada yang tak kenal apa itu pecal ye..well..actually itu adalah salad orang Jawa..tapi depa tak pakai la dressing thousand island ye..depa pakai kuah kacang...Pecal kat pasar ni special skit..dibungkus dengan daun pisang...harganya sangat la murah kak ooiii...RM1 jer...bleh sangat2 la borong sampai 10 bungkus..tak rasa ralat pon...

huaaaahhh!!!...tak tahan tgk pecal ni..teringat kat mak..dia pun suka pecal ni..
ni yang buat hati meronta2 nak balik kg ni...mak i miss u...sop..sop..sop..

Meh kita share skit resepinye ye...

Bahan Sayuran
1 ikat kangkong
10 urat kacang panjang
100 gm taugeh
1 batang timun [hiris nipis]
nasi impit
garam

Cara
1. Kangkong dan kacang panjang dipotong dan basuh bersih.
2. Rebuskan berasingan dengn sedikit garam sehingga lembut. Toskan.
3. Taugeh dibersihkan dan basuh. Toskan.
4. Masukkan semua bahan2 yang dalam pinggan dan sediakan kuah.

Bahan Kuah

1 cawan kacang tanah
1/2 cawan jus asam jawa
15 tangkai cili kering [potong dan basuh]
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
2 sudu besar minyak
gula
garam

Cara

1. Kacang tanah digoreng tanpa minyak. Buangkan kulitnya. Mesin kasar.
2. Panaskan minyak dan gorengkan cili kering, bawang merah dan belacan sehingga wangi.
3. Mesinkan cili kering, bawang dan belacan dengan jus asam jawa sehingga halus.
4. Gaulkan dengan kacang tanah yg telah dihancurkan.
5. Masukkan gula dan garam. Rasakan secukupnya. [jika pekat boleh tambah air sikit demi sikit]
6. Hidangkan dengan bahan sayuran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...