Click me! Click me!

Sunday, August 14, 2011

Tips Mengemas Rumah

hari ni mama nak share skit tips mudah untuk mengemas rumah
almaklum la ramai dikalangan kita merupakan isteri yg bekerja ye
biasanya kerja mengemas rumah ni dilakukan pada hunjung minggu sahaja
lain la mereka yang bekerja separuh hari
ada la masa skit untuk membersihkan rumah

mama ni pula tergolong dalam kalangan wanita bekerjaya sepenuhmasa
maksudnya keluar rumah ketika alam masih gelap
balik rumah juga dalam keadaan yang sama gelap juga
maka sudah tentulah tiada masa nak mengemas rumah setiap hari
tambahan pula ada anak2 kecil
lagi meyulitkan kerja pembersihan
setiap kali anak2 bermain mama atau papa akan mengingatkan mereka
menyimpan semula mainan mereka
jika tidak
.
.
.
ke tong sampah la perginye
dah beberapa kali mainan kene humban dalam tong sampah
semua tu kerja papa sebab dah geram sgt tengok rumah bersepah
esok lusa dia gak yang tambahkan mainan tu
kakakaka

ok mari kita tengok tips membersihkan rumah di bawah ni ye
1. Di belakang perabot besar seperti almari dan kabinet buku. Seeloknya perabot jangan dirapatkan ke dinding. Biar ada regangan lebih kurang 3 inci supaya kerja pembersihan menggunakan vakum boleh dilakukan.

2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek yang ringan hendaklah dialihkan ketika memvakum rumah kerana sisi yang rapat ke dinding sangat banyak memerangkap habuk.



3. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak hendaklah di angkat dan dibersihkan dengan vakum. Lagi baik jika kita mop selepas vakum. Nanti rasa licin..


4. Ada di antara kita yang beli katil yang tak berkaki. Jadi habuk-habuk yang terperangkap di bawah katil memang tersangatlah banyak. Jadi, once in a while bolehlah angkat tilam dan alihkan papan katil tu dan mula memvakum serta mengemop.


5. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah juga sering memerangkap habuk. Cara yang extreme, puan-puan kena basuh bunga tu. Tapi leceh pula sebab nanti nak kena gubah semula. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan mengelap setiap kelopak dengan kain lembap atau vakum dengan mini brush yang memang disediakan untuk vakum.

6. Puan-puan mesti suka mengalas perabot dengan alas meja atau table runner yang cantik. Ha...alas meja tu kalau diperhatikan memang tak nampak, tapi kalau dipegang, mesti rasa macam ada pasir-pasir halus. Habuk tu namanya. Jadi bolehla dibasuh sekali sekala, atau di vakum guna mini brush...


7. Ada di antara kita yang gemar membaca. Bila buku bertambah banyak, kenalah beli rak ataupun almari buku pula. Jika rak buku kita jenis bertutup, tak susah nak membersihkannya. Tapi rak buku yang terbuka memang banyak memerangkap habuk. Kadang-kadang siap bersawang lagi..jadi ketika memvakum, vakum sekali rak buku kita atau lap guna kain yang sederhana lembap.

sumber :cik awa

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...