Click me! Click me!

Thursday, August 25, 2011

Rezeki Di Bulan Ramadhan

ewah! ewah! tinggal 5 hari saja lagi kita nak rayakan
mesti ramai sebuk buat persiapan hari raya
baju raya dah siap? check!
kasut raya? check!
kuih raya? check!
tudung raya? check!
handbag? blum lg weekend ni pi beli
langsir raya? hahaha yg ni mama pakai yg lama jer
kemas umah? yang ni mama nak panggil cleaner jer sabtu ni
tak kose nak buat time bulan pose
tak bulan pose pun malas
tak payah la penat2..bayor jer


actually mama nak story pasal rezeki ni tadi kan
ye la kitorang hari2 balik keje lambat
kuar opis kul 630pm
berkejar plak pi amik anak2 kat nursery kat kota kemuning
tup tap tup tap mau dlm kul 7pm sampai kat nursery
time ni kalau singgah PARAM mau tinggal ape jer kan...apa pun tarak
lagi pun kitorang dah siap tapau kat kantin kilang
jimat pun jimat
kalau kat PARAM kami spend about RM30 ++
tp kat kantin just less than RM20
different about RM10++ kan
macam2 bleh beli tu

kembali kepada tajuk asal
laa...tak story2 lagi ke? huhuhu
sori yek
lepas amik anak2 tadikan
kalau kitorang nak menambah kuih muih
biasanya kami akan singgah kat area berjaya park
memang kebetulan jalan nak balikkan
ada la satu gerai ni
mmg jual kuih muih sahaja la
kuih muihnye sedap
cuma tang sizenye tu la..sedikit cute..hahaha
kalau kitorang beli 1 jenis kuih mesti dapat extra
kakak ni jual 3 ketul RM 1

macam semalam papa beli donat dapat 5 ketul
pulut panggang biasanya dia jual 1 ketul 40 sen
tapi dia jual 3 ketul RM1
amik jer la jenis yang lain pun mesti dapat extra
ye la daripada dia buang kuih muih tu
baik dia sedekah kat pembelikan
dia pun dapat pahala
bulan yg mulia ni elok la dia buat amal jariahkan
lagi satu sayang rasanya kita buang makanankan
sedih jer rasanya

begitu la serba sedikit cerita pasal rezeki
esok mama cerita rezeki lain plak ye
tunggu....




Tuesday, August 23, 2011

Kemalangan Ngeri Di Sunway Tol Plaza

ya Allah!! habis remuk kete iswara tu ha
memang total lost kereta ni
kejadian berlaku kira2 pukul 5.15pm petang tadi (22/8/2011)
menurut saksi seperti ada yang tak kene pada lori tersebut
tiba2 pemandu lori menukar hala lane ke lane sebelah di tol dan merempuh kereta iswara yg sedang membayar tol
walaubagaimana pun pemandu iswara disahkan selamat

kadangkala kita sudah cukup berhati2 ketika memandu
tetapi disebabkan kecuaian orang lain kita yang menjadi mangsa

berhati-hati di jalan raya
pandu cermat
jiwa selamat!


credit kepada adik ipor kerana berjaya menjadi photographer tak bertauliah

Monday, August 22, 2011

Oh Nasi Beriani

alhamdullilah
tap tup tap tup dah 21 hari kita berpuasa
lagi berapa hari jer lagi nak raya kan
bestnye " esok hari raya"
korang percaya tak
1st week puasa lagi mama nyanyi "esok hari raya"
hahaha kemarukkan
fedulik hapa..mama punye suke ler

ari sabtu yg lepas kitorang pi cari juadah kat pasar ramadhan taman sri andalas
kalau ikutkan memang seram la nak jejak kaki kat sana
seram wooo..kalau singgah kat situ sure duit terbang melayang
juadah kat sana masyaallah.....banyak!..perpinau mata menengoknye
semuanye sedap!

pasar ramadhan kat sana mmg panjang
sebelum beli mesti ronda dulu 1 round
kalau tak kang ada yg menyesal
ye la kan kita dah terbeli kat gerai yg 1st kita singgah 
tengok2 yg 5th lagi best plak
tak kan nak beli menu yg sama gak kan

so, round punye round last2 mama teringin nak makan nasi beriani
nampak macam sedap siap beratur orang nak beli
dia punya nasi 2 kawah diorang bawak
lauk siap 3 periuk besau
1 ayam masak merah (mama pilih yg ini)
1 ayam masak rempah (papa plak yg ini)
1 daging masak rempah

pastu sambung lg round tercium plak bau cempedak goreng
apa lagi beli la 2 hengget
pastu papa pi beli air lai chi kang
padahal mama ni dok usha jus dragon fruit
dari 1st pose lagi dah ngidam ni
elok jer nak balik baru la mama ternampak 1 gerai ni jual jus dragon fruit
tension betul la..apsal baru ternampak
takkan nak beli air sampai 2 bungkus
mau masuk tong  sampah aje kang

maka mama pun pendamkan aje la perasaan tekak ni
dan berdoa kalau ujung ramadhan ni tak dapat gak
hopefully balik kg nanti dapat makan buahnye
actually pakcik kepada papa ada tanam kat kg nun
kalau ada rezeki mama nak beli berbakul2 nanti
muahahhahaha
baru puas ati

sampai je kat umah mama siap2kan hidangan di atas meja
confirm ye penuh meja kami tu
actually banyak lagi juadah yg kami beli
tapi mama malu nak tulis kat sini
nampak beno kuat melantaknye kami ni
kikikiki

so, time berbuka pun sudah tiba
kami pun makan dengan happy nye
nasi beriani tu mmg banyak
peha ayam plak yang enak
mmg ada rasa lakan

tapi elok jer solat maghrib
mata mama ni berat la sangat
macam ada batu jer kat bulu mata ni
apa lg landing time
 
sedar2 baby razin kejut mama nak susu
sempat la teguk dulu air
abis jer nyusu cepat2 mama check jam..5.10a.m
mmmm nasib baik sempat nak sahur
mama pun turun ke dapur masak air n bancuh milo
 
pastu papa pun turun
mama pun mengadu kat papa
rasanye nasi beriani tu byk sangat ajinomoto depa letak
sampai tak terdaya nak bukak mata ni ha
rupenye papa pun tido awal gak semalam
 gara2 kekenyangan berbuka puasa

mama rasakan.. memang sah banyak ajinomoto nye
kalau hari2 makan mau botak kepala
 

Sunday, August 21, 2011

Lagi Sorang Artis Kita Posing Ngan Anjing

astagfirullahalazim..
tak tau la apa nak jadi dgn artis2 kita
nama jer Islam
tapi sekadar nama sahaja
terkini Nanu Baharuddin pula bergambar mesra ngan anak anjing
siapakah pemilik anjing tersebut tidak diketahui
anda boleh saksikan kemesraan mereka 
layan
ala tomeinye dia... weekk.

wah!! vogue la!
semua ini mama ambil dari abang NARA

Saturday, August 20, 2011

Pregnancy Due Date

hahahaha
jangan sesiapa pun membuat spekulasi yg mama pregnant or even nak terpregnant ye
ni sesaja jer la nak share ngan kengkawan
kot la ada yang merancang nak tambah lagi cahaya mata or baru jer nak berjinak2 nak jadi ibu bapa
ada yang suka pilih tarikh lahir
contoh la depa nak anak depa lahir 12122012 cam tu
so bleh la calculate ye

mama dapat link ni
mmg menarik
kot la ada yang nak anak depa lahir pada
20102010
(tarikh dah lepas kikiki )
just fill up this coloumn

then click calculate
maka result nye 
 
 

Due Date Estimator:


Results: Congratulations! Here are the important dates for your pregnancy:
  • Conception - 1/27/2010
    Conception - the day you became pregnant - is estimated to have occurred about 14 days after the first day of your last menstrual period.
  • Highest fetal risk - 2/17/2010 thru 3/24/2010
  • Organs begin to form - 2/17/2010 thru 3/24/2010
  • End of first trimester - 4/7/2010
    Pregnancy is divided into 3 trimesters - each trimester being about 12 weeks or 3 months. By the end of the first trimester, the baby is only 1 in. long; but during this trimester (weeks 4-12), every key organ has begun to form. While the organs are forming, the baby is most susceptible to harm from inadequate diet and exposure to infections, medications, X-rays, etc. Therefore, this is the time during which the baby is at the most risk of developing defects or being miscarried.
  • Baby can survive outside the womb - 6/23/2010
  • End of second trimester - 7/21/2010
    The second trimester is weeks 13-27 of your pregnancy. During this time, the bones, eyes, brain, and nervous and respiratory systems have formed enough that the baby, if delivered, could survive, but the possibility of complications is high.
  • DUE DATE - 10/20/2010 (20th Oct 2010 or 20.10.2010)
    The Due Date is estimated to be 40 weeks from the first day of your last menstrual period - it is only an estimate. Only 5% of all women actually deliver on their due date.
bestkan
anda bleh cuba cari tarikh lahir baby anda
meh click DI SINI

Thursday, August 18, 2011

Cuti Panjang

ari ni dah masuk 3 hari Razin demam
bukan demam jer siap ulcer dlm mulut
punye la susah dia nak nyusu
merengek tu dah mesti la kan

yang paling sedih
mama kene apply leave
demi menjaga baby Razin
menjaga si kecik tu tak ler sedih
mmg kita ibu2 ni ler biasanya jaga anak time sakit
mama sedih sebab bulan ni jer mama dah amik 5 days unpaid leave!
ari tu abang kimi sakit telinga n papa plak sakit kepala yang tak terhingga
siap mama yg kene hantar papa pi klinik
just imagine lepas raya mama pokai
 
so mood raya pun dah tak de
walaupun papa dah promise nak bg duit kat mama
tp tetap sedih

sekian terima kasih

waaaaaaaa...sedih..

Tuesday, August 16, 2011

Sunday, August 14, 2011

Tips Mengemas Rumah

hari ni mama nak share skit tips mudah untuk mengemas rumah
almaklum la ramai dikalangan kita merupakan isteri yg bekerja ye
biasanya kerja mengemas rumah ni dilakukan pada hunjung minggu sahaja
lain la mereka yang bekerja separuh hari
ada la masa skit untuk membersihkan rumah

mama ni pula tergolong dalam kalangan wanita bekerjaya sepenuhmasa
maksudnya keluar rumah ketika alam masih gelap
balik rumah juga dalam keadaan yang sama gelap juga
maka sudah tentulah tiada masa nak mengemas rumah setiap hari
tambahan pula ada anak2 kecil
lagi meyulitkan kerja pembersihan
setiap kali anak2 bermain mama atau papa akan mengingatkan mereka
menyimpan semula mainan mereka
jika tidak
.
.
.
ke tong sampah la perginye
dah beberapa kali mainan kene humban dalam tong sampah
semua tu kerja papa sebab dah geram sgt tengok rumah bersepah
esok lusa dia gak yang tambahkan mainan tu
kakakaka

ok mari kita tengok tips membersihkan rumah di bawah ni ye
1. Di belakang perabot besar seperti almari dan kabinet buku. Seeloknya perabot jangan dirapatkan ke dinding. Biar ada regangan lebih kurang 3 inci supaya kerja pembersihan menggunakan vakum boleh dilakukan.

2. Perabot kecil dan ringan seperti laci dan meja solek yang ringan hendaklah dialihkan ketika memvakum rumah kerana sisi yang rapat ke dinding sangat banyak memerangkap habuk.



3. Bawah tikar seperti tikar buluh dan tikar sarawak hendaklah di angkat dan dibersihkan dengan vakum. Lagi baik jika kita mop selepas vakum. Nanti rasa licin..


4. Ada di antara kita yang beli katil yang tak berkaki. Jadi habuk-habuk yang terperangkap di bawah katil memang tersangatlah banyak. Jadi, once in a while bolehlah angkat tilam dan alihkan papan katil tu dan mula memvakum serta mengemop.


5. Gubahan bunga yang sering dijadikan penyeri rumah juga sering memerangkap habuk. Cara yang extreme, puan-puan kena basuh bunga tu. Tapi leceh pula sebab nanti nak kena gubah semula. Jadi cara yang paling mudah adalah dengan mengelap setiap kelopak dengan kain lembap atau vakum dengan mini brush yang memang disediakan untuk vakum.

6. Puan-puan mesti suka mengalas perabot dengan alas meja atau table runner yang cantik. Ha...alas meja tu kalau diperhatikan memang tak nampak, tapi kalau dipegang, mesti rasa macam ada pasir-pasir halus. Habuk tu namanya. Jadi bolehla dibasuh sekali sekala, atau di vakum guna mini brush...


7. Ada di antara kita yang gemar membaca. Bila buku bertambah banyak, kenalah beli rak ataupun almari buku pula. Jika rak buku kita jenis bertutup, tak susah nak membersihkannya. Tapi rak buku yang terbuka memang banyak memerangkap habuk. Kadang-kadang siap bersawang lagi..jadi ketika memvakum, vakum sekali rak buku kita atau lap guna kain yang sederhana lembap.

sumber :cik awa

Friday, August 12, 2011

Huru Hara Ketika Berbuka Puasa


apakhabar semua?
semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera ye
maklum la bila bulan puasa ada sahaja dugaan menimpa ye
time tu la ada yang kene batuk, selsema, demam dan sebagainye
jadi pastikan kita minum air secukupnye selepas berbuka
jangan plak ada yg curi2 minum time ni
fail puasa tu tau
teeettt!!

ari ni mama nak share story pasal suasana berbuka puasa di mahligai kami ye
tiap2 tahun memang meriah
lagi meriah dengan kehadiran ahli baru ni
meriah dgn juadah tu dah mmg mesti

standard kami mesti meja penuh dgn juadah


tu yg mama sayang sangat2 tu

mana bini tak tembom
hahahahaha

yang paling hapening
time berbuka tu
adooiiii!!! riuh rendah dengan suara anak2
sorang nak itu sorang nak ini
macam la mereka tu puasa
eee...tapi abang kimi puasa ye
mmg elok ler dia bersuara
yang raimi tu pun nak juga
padahal before amik dari school 
dia dah melantak nasi sepinggan

tak cukup dengan mereka berdua
sikecik tu pun nak joint the club juga
bukan makan pun 
saja nak sebuk2
sejak dia dah mula explore rumah
mama memilih walker sebagai tool untuk dia boleh berada sama di ruang dapur
Allahhuakbar
punye la dia tak mau
melalak sampai kami abis makan
padahal kami dah letak mcm2 toys dah depan dia ni
itu pun tak jalan
tak tau la nape dia anti sangat ngan walker tu

tapi semalam angin dia baik
senyap jer tak bising
rupa2 dia dok menelek sebutir nasi kat jari dia
mungkin dia tgh buat research kot
hahahaha
eee tapi cam ne bleh sampai kat tgn dia ye?

meh kita tgk muka si kecik ni



mula2 mau ler senyum
dah start muka tension

gaya tak redha jer

start nak menangis

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan Day -11

Syukur Alhamdulliah
pejam celik pejam celik dah 11 hari puasa
cepat jer masa berlalu

ini bermakna dah 10 hari abang kimi puasa
kenapa 10 hari pulak?
ye la..1st day puasa mama tak suruh dia puasa

mama tak sangka plak abang kimi bleh puasa walaupun puasa makan jer
hari2 di bedal susu and air masak jer kat school

yg best nye
abang kimi dah kurus
makin encem plak mama tgk dia
yg kami risau seluar raya dia longgar je
mana tak nye kami dah beli akhir bulan lepas
sebabnye malas nak bersesak2 kat shopping kompleks time pose ni
maklum la nak handle 3 heroes bukan nye senang tau
sorang dok dalam stoller baby..sorang lagi dlm sroller barang
abang kimi jer kene jalan
itu pun raimi meronta2 nak minta turun
sbb nak joint abang kimi

banyak kali mama say no to papa
jgn diikutkan kehendak raimi tu
takut depa berdua buat hal

pernah sekali tu diorg main nyorok2 kat JJ
masa tu mama pregnantkan razin
mama tgh leka dok usha barang
pusing jer belakang budak berdua tu tak de
masa tu terasa darah turun ke kaki
mau biru kot muka mama time tu
tiba2 dengar suara budak gelak terkekek
rupanye diorg dah bergerak jauh dah

so setiap kali shopping papa tukang pilih barang
mama plak monitor pergerakan anak2
nak harapkan papa susah
dia cepat leka
kalau mama nak pilih barang mama
time tu kene la papa monitor anak2 betul
tu pun mama sempat jeling2 mana pi budak berdua tu
raimi tension tak dapat turun dr stroller

paparazi cuba menangkap gambar abang kimi ..tapi tidak berjaya

cubaan ke-2 paparazi masih gagal

gagal juga..macam ni la gayanye..sumbat jer  anak2 dlm stroller dgn barang2 yg dibeli

mula2 dok pikir nak snap pic abang kimi
tapi disebabkan malas mama tempek nak raya nanti la ye
bleh kita sama2 tgk perbezaan before & after
hihihihi

ok la
mata pun dah kuyu
bantal dan tilam empok pun dah memanggil2
good night!!!


zzzzZZZZZZzzzz...

Setem Upin & Ipin


Inilah koleksi setem Pos Malaysia yg terbaik  di dunia bagi tahun 2010
Koleksi ini diberi nama 'Traditional Past Time Games with Upin & Ipin and Friends'

Pihak yang bertanggungjawab membuat pengiktirafan tersebut ialah stampnews.com  , sebuah gerbang web bebas yang mengemaskini koleksi setem dari seluruh pelusuk dunia.

Koleksi setem Upin & Ipin tersebut berada di tangga kedua dalam kategori 'Most touching stamps' setelah seri dengan setem 'Teddy Bear' terbitan German Post.

Pengiktirafan ini secara tidak langsung turut menaikkan martabat negara dan Pos Malaysia di mata dunia dengan usaha-usaha mencipta dan menerbitkan koleksi setem yang unik dan luar biasa yang mewakili imej dan jati diri Malaysia.  

Tuesday, August 9, 2011

Beli Kereta 'CA$H' Guna Duit Syiling

 
 
Pepatah Melayu ada menyatakan
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
Inilah buktinye dengan cara menabung kita boleh memiliki kereta dengan mudah tanpa berhutang
 
Cerita menarik di Negara China, biasa kita dengar orang membeli kereta secara tunai. Lain halnya dengan Wang, seorang peniaga, membeli sebuah kereta menggunakan duit syiling di China.

Pengusaha perniagaan tepung itu, tiba dengan menaikki van di sebuah kedai kereta di Xianyang sebuah bandar di dalam wilayah Shaanxi pada 1 Ogos yang lalu.

Dia membuka bonet kenderaanya dan membawa keluar tujuh karung duit syiling untuk diserahkan kepada pengurus yang menguruskan jual beli kereta di kedai tersebut.

"Saya nak beli sebuah kereta, Saya ada wang tunai 60,000 yuan (RM27,756)," katanya sambil menyatakan bahawa keseluruhan duit syilingnya itu memiliki berat kira-kira 300 Kg.

Menurut Wang, dia mengumpulkan kira-kira 10,000 yuan (RM4,626) duit syiling setiap bulan yang diperolehi dari para pelanggannya termasuk peniaga roti dan pemilik kilang mee.
 
 

Bagaimanapun, pengurus kedai kereta tersebut telah mengalami masaalah untuk mendapatkan bank yang boleh menerima pembayaran yang lain dari yang lain itu, memandangkan proses mengira jumlahnya bukan sesuatu yang mudah.

Akhirnya, dia berjaya menemukan sebuah bank yang hanya bersetuju untuk menerima sebahagian duit berjumlah 15,000 yuan (RM6,940) daripada keseluruhan syiling itu.

Dalam masa yang sama, Wang pula terpaksa mencari bank lain yang boleh menerima untuk memasukkan sejumlah syiling lagi ke dalam akaun bank penjual kereta sebagai transaksi pembelian kereta tersebut.

Tambah melucukan Wang terpaksa bermenung panjang dan bermasam muka memandangkan dia tidak boleh memandu pulang kereta yang sudah dibelinya sehingga pihak bank selesai mengira kesemua duit syiling tersebut.

Batasan Mata



Pandangan Antara Gender
Pada dasarnya lelaki dan wanita adalah anggota masyarakat yang mempunyai hak sama untuk menjalani hidup dengan bebas dan merdeka dalam masyarakat Islam. Wanita mengikut padangan Islam memiliki hak sosial sama dengan lelaki tanpa diskirminasi satu jenis atas jenis yang lain. Islam tidaklah melihat pada diri lelaki muslim dengan pandangan yang melampau sehingga seolah-olah pemangsa yang harus dijauhi dan tidak dipercayai langsung oleh wanita. Dan tidak juga melihat pada diri wanita sebagai makhluk ganjil yang mana segala gerak-gerinya keji, membawa fitnah dan menganggu kesucian diri seorang lelaki. Namun semua ahli ilmu samada golongan syarak, undang-undang, pendidikan dan sosial bersetuju bahawa hubungan bebas tanpa batas antara gender akan memberi kesan negetif kepada pembangunan masyarakat dan menyebabkan keluhuran nilai yang dijunjung oleh sesebuah masyarakat seperti perkahwinan, kekeluargaan dan sebagainya menjadi porak peranda.
Konsep dasar ini akan memberi kesan langsung dalam kita memahami hukum Islam mengenai batas “pandangan” antara lelaki dan wanita asing (yang halal nikah) iaitu dari segi sejauh mana Islam mengizinkan lelaki memandang wanita atau sebaliknya wanita memandang lelaki?. Dualisme sistem berdasarkan gender Dalam masyarakat kita samada tradisi atau moden pemisahan total tidak berlaku dalam apa jua bidang atau sektor kehidupan. Sistem ko-operasi kehidupan dapat dilihat dengan jelas antara lelaki dan wanita berlaku dimana-mana sahaja seperti disekolah, diuniversiti, dipasar, dikilang, di pejabat kerajaan dan swasta, di stesen bas dan hatta di masjid. Dualisme sistem secara total berdasarkan gender jarang berlaku dalam sejarah Islam samada pada masa silam atau morden. Kita dapati ditempat-tempat tersebut lelaki menjadi bos dan wanita menjadi pembantu, lelaki menjual, wanita membeli dan begitu juga sebaliknya.. Dalam keadaan ini pandang memandang pasti akan berlaku.

 Empat dasar utama mempengaruhi cara penentuan hukum dalam masalah ini: 

Yang pertama: Al Quran
Nas al Quran yang menyuruh supaya “memaling pandangan” dalam surah an Nur(ayat 30). Maksud syarak daripada suruhan tersebut ialah untuk memelihara kesucian dan kemuliaan diri. Ayat tersebut memberi makna wajib. Yakni wajib merendahkan pandangan atau memalingkan wajah, tanpa menentukan perkara-perkara yang haram dipandang untuk memberi makna Itlak atau syuyuk. Iaitu pengharaman tertakluk kepada setiap yang membawa fitnah dan mencarikkan kesucian tidak secara syumul. Dalam Sahih Bukhari:( berkata Said bi Abi al Hasan kepada al Hasan; sesungguhnya wanita ajam(bukan arab) mendedahkan dada dan kepala mereka, maka jagalah pandangan kamu).

 Yang Kedua: Hadis
Di antara hadis Nabi s.a.w yang diberkaitan dengan persoalan ini ialah hadis yang dikeluarkan oleh at Turmuzi yang antara lain menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w kepada Ali:  “Wahai Ali elakkan pandangan kedua, kalau ia harus bagi kamu pada kali pertama, dia tidak lagi harus bagi kamu untuk kali kedua“. Dan hadis Baihaqi daripada Abu Hurairah r.a. sabda Rasulullah s.a.w: Ditulis keatas anak Adam bahagian dia daripada zina yang tidak mungkin dielakkan, mata zinanya pandangan, telinga zinanya mendengar, lidah zinanya cakap….hingga akhir hadis. Hadis-hadis ini menunjukkan kewajiban menjaga pandangan daripada melihat perkara yang boleh membawa fitnah.  Ini mengheret kita kepada persoalan berkaitan aurat wanita kerana yang jelas haram itu ialah melihat bahagian anggota yang haram iaitu aurat. Ini berlainan jika pandangan itu jatuh pada bahagian yang bukan aurat.

Yang ketiga: Batasan Aurat
Aurat wanita: Jumhur ulama’ mengatakan seluruh tubuh wanita adalah aurat yang perlu ditutup kecuali perhiasan yang zahir seperti yang disebut dalam surah an Nur ayat 31 yang bermaksud: “Dan jangan mereka nampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir daripadanya”. Ulama’ berselisih dalam mentafsir skop pengecualian tersebut. Pendapat yang kuat yang diwakili oleh jumhor ulama’ mengatakan ia adalah muka, tangan dan pakaian. Ini bermakna muka, tangan dan pakaian merupakan bahagian yang pada adatnya kelihatan dan tidak tertakluk kepada arahan supaya disembunyikan.

Yang keempat: Kaedah Saddu az Zarie’ ah
Saddu az Zarie’ ah iaitu tujuan menutup pintu fitnah. Saddu az zarie’ah adalah satu qaedah yang dirujuk oleh ulama’ dalam penentuan hukum terutama dalam kes-kes yang berkaitan dengan maruah dan harga diri. Pandangan merupakan pintu kepada hati. Sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis Ali diatas, kalau sesaorang dimaafkan pada pandangan pertama, pandangan kedua tidak lagi dibenarkan kerana ia digerakkan oleh syahwat dan boleh menjejaskan kesejahteraan hati. Kebimbangan ini ditakuti berlaku kepada Ali seorang sahabat nabi, ia lagi-lagi boleh berlaku dizaman ini dimana manusia mengalami bebagai jenis penyakit jiwa atau kelemahan hati.

 Kesimpulan. 

 A.Pandangan lelaki kepada wanita asing (yang halal nikah).- Khas untuk suami ku

 Daripada pandangan umum Islam terhadap hubungan lelaki dan wanita dan kaedah-kaedah asas yang mendasari cara pengeluaran hukum dalam masalah “pandangan” lelaki dan wanita “ajnabi” kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut:
  •  Tidak harus melihat atau memandang bahagian aurat wanita (selain dari muka, tangan dan kaki disisi kebanyakan ulama’) samada dengan shahwat atau tidak.
  • Bagi bahagian yang bukan aurat seperti melihat wajah dan tangan wanita ajnabi (yang halal nikah) hukumnya harus jika tidak dengan syahwat dan menimbulkan fitnah. Walaupun yang lebih afdhal ialah menyerongkan pandangan.
  •  Jika pandangan melibatkan bahagian aurat hukumnya harus jika kerana hajat atau dhorurah.
Keadaan-keadaan yang dikecualikan kerana keperluan atau dhorurah:
  • Pandangan saksi untuk mengenalpasti orang yang didakwa
  • Pandangan kerana keperluan muamalat seperti jual beli dan sebagainya
  • Pandangan kerana merawat penyakit
  • Pandangan kerana tujuan mahu mengahwininya
  • Pandangan kepada wanita tua dan kanak-kanak
B.Pandangan wanita kepada lelaki ajnabi(halal nikah)- khas untuk diriku
Pandangan wanita kepada lelaki ajnabi sama dengan pandangan lelaki kepada lelaki. Yakni harus bagi wanita melihat bahagian yang bukan auratnya iaitu barang antara pusat dan lutut dengan syarat tidak dibimbangi fitnah. Jika dibimbangi fitnah maka hukumnya haram.

Peringatan penting.
Ruang kelonggaran yang dinyatakan diatas hanya sesuai dilaksanakan dalam masyarakat yang iltizam dengan hukum Islam. Dalam situasi hari ini kebanyakan wanita tidak menutup aurat atau berpakaian yang mendedahkan samada dipejabat atau ditempat awam, dan lelaki yang tidak berakhlak maka sayugia bagi lelaki dan wanita Islam menjaga pandangannya dan mengambil kewaspadaan yang sewajarnya supaya ia tidak terjatuh kedalam perkara yang ditegah oleh syarak.

Sumber: harap maaf lupa link dari mana...Zzzzzz....

Sunday, August 7, 2011

wOw!! Tak ku Sangka Jadi begini

adoi!!!  ni yg meluap2 nak story ni
oooppppss!!! jangan panik ..jangan panik
tak de kejadian buruk berlaku

tapi kejadian ini mmg pelik sekali
tertanya2 juga macam mana boleh jadi begini
tapi dalam masa yang sama mama rasa teruja plak

meh sini mama nak bisik skit
come closer
toksah takut mama tak makan orang
mama suka makan ikan goreng panas jer
kakakaka

cuba tengok ni
ni ler audience yg menjengok blog mama

memang tak sangka
punye la jauh sampai ke Japan, Indonesia and Peru
mama ingatkan Malaysia jer

sebenonye mama nak show off skit ngan papa
dia ingat blog dia power sangat
baru viewer 500++ nak berlagak
kakakaka
papa..jangan marah haaa...

walaubagaimana pun tujuan mama buat blog ni bukanlah nak
mencari publisiti tapi lebeh kepada suka suki sahaja

mama nak ucapkan terima kasih kepada
pembaca blog mama ni sama ada dr blogger fren or silent reader
yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan
tanpa anda siapalah Lady Flower Fist

kakakaka
tak sangka bleh buat ayat macam menang award

Saturday, August 6, 2011

The Amazing Rainbow Eucalyptus (Subhanallah)

 mama nak share info pasal pokok ajaib
tajuk pun amazing kan
mama dapat info ni melalui email dr member opis
meh kita tambahkan ilmu pengetahuan


The Rainbow Eucalyptus adalah satu-satunya species kayu putih yang tumbuh di belahan bumi utara.Pokok ini dapat tumbuh tinggi sehingga 70 meter dan biasanya tumbuh untuk diambil kayunya,digunakan untuk membuat kertas putih.

Ada banyak fakta menarik lainnya tentang Rainbow Eucalyptus,tapi pertanyaan yang jelas muncul,mengapa tidak terlihat seperti dicat?.

Rahsia di sebalik Pokok Rainbow Eucalyptus sebenarnya cukup sederhana.Pokok-pokok berkulit itu tumbuh setiap tahun,tapi tidak pada masa yang sama.

Kerana kulit penutupnya hilang,kulit hijau didalamnya merekah meluas,setiap kulit baru pertama berubah kebiruan,kemudian oren,ungu dan merah.Hal ini menghasilkan efek pelangi yang membuat pokok-pokok ini begitu indah untuk dilihat.
 
Pokok Rainbow Eucalyptus dapat ditemui di New Guinea,New Britain dan Filipina.
kalau kat Malaysia,selalunya pokok jambu batu je kita lihat fenomena ni..tapi bukanlah warna pelangi,hanya 2-3 jenis warna sahaja..
 
 
meh layan gambarnye plak


cantik kan



 pokok ni macam dlm cerita Twilight plak

Thursday, August 4, 2011

Peter and Jane

siaran tertunggak
ntah bila mengarang tak ingat
rasanye dah dekat sebulan kot kene perap
 tapi tak basi kot
meh layan

Dalam banyak2 subject...mama perhatikan Abang Kimi lebih suka subject English..asal balik umah jer dia suka buat revision Peter and Jane dia tu...semalam dengan gembiranya dia bagi tau mama dia dapat buku baru..meaning that.. jump to the next level la ye..huh dgn bangganya dia buka buku tu depan mama..siap tunjuk teacher dia ada tanda tick kat buku dia tu...maksudnye dia baca ok la..tak perlu repeat..Alhamdullilah..

So malam tadi mama nak test dia..

Here is Peter 
and here is Jane. 
Here is Pat, the dog

tekun gayanya...tengok la tgn dia yg tembam tu..sedap kalau digigit..kakakaka

wOw!! Unbelieveable

apa khabar semua
selamat berpuasa
hari ni mama nak bagi report pasal abang kimi

kali ni punye report agak membanggakan
coz semalam masa amik abang kimi
muka dia ya-Allah
memang muka toye
sedih pun ada
mana taknye

Kimi berjaya pose penuh 1 hari
yeaaaahhh!!  (clap clap clap)
tapi dia pose makan jer tau
dia siap minum air
yg best tu dia ada order kat teacher susu sebelum tido tghari
kakakaka

ok per
budak debab yang kuat makan
bleh miss makanan in 1 day
mmg unsangkarable la
sebabnye setiap masa dia akan ingat makanan

mama still ingat lagi
masa tu Kimi 3 tahun
masa tu kami hantar dia kat Taska Lemon 2
bleh pagi2 buta dia pi dapur and tanya teacher dia ari ni masak ape
hahahahaha
kalau korang berani nak tanya teacher cam tu
memang anak mama sorang ni dalam otak dia makan makan makan
jadi bila 1 hari tak makan tu mmg mama rasa macam ilang akal la
walaubagaimana pun mama bersyukur
coz plan asal mama nak dia pose 1/2 day jer this week
tapi dia dah advance
so next week plan nak betul2 1/2 day pose
petang jer bleh minum air


Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan

Syukur Alhamdullillah
Hari ini merupakan hari ke-2 umat islam berpuasa di tahun 2011
malam kelmarin terdetik dihati ni nak ajar Abang Kimi berpuasa
tapi tak tau macam mana nak mula

sebelum tidur mama dok pikir macam mana cara yang tak membahaya kesihatan perut Kimi
kene study ke???,,ish perlu tu..nak mendidik anak tanpa rasa kejam
tapi sebenarnye mmg ada unsur sedikit kejam

My Planning:
1. Kejut Kimi bangun sahur
2. Kalau Kimi tak mau makan mama nak bg susu jer
3. Nak bagi makan sample kuih raya
4. Minum ayor jer la

The Actual:
1. Kejut Kimi bangun pi sekolah jer
(coz tak sampai ati nak kejut dia bgn awal)
2. Tak bg tau pun Kimi yg dia kene pose ari ni
3. Sampai school trus bg tau Teacher yg nak train kimi pose
(siap pesan pose sampai tghari jer kalau dia nak minum bg tau)

hahhaahha..kejam tak?? ade sedikit kan
masa kat opis tadi asyik dok teringat2kan Kimi
pose ke tak budak debab tu
mengamuk tak dia tak dpt makan pagi?

bile petang time nak amik dia dr school
trus la tanya teacher dia
"cam ne ?? berjaya tak?"

teacher pun jawab " berjaya, tapi tengahari dia makan"
mama tanya lagi" dia ada mintak minum tak?"
"ada, dia mintak minum..haus.."

masa dlm kete mama dok ingatkan kimi esok dia kene pose lagi
sekali dia reply"apsal banyak sgt kene kose?"
kakakaka...kimi pelat plak tak bleh sebut pose
"ye la..kene la banyak pose..kalau tak tak bleh raya"

so, kiranye plan mama dah berjaya
esok mama nak continue sampai ari Jumaat
may be next week mama nak Kimi pose penuh setengah hari
maknanye yang yang yok
tengahari buka periuk

nak tau keberkesanan planning mama ni
kene la tunggu next entry ye
itu pun kalau mama ada masa
takut fenat pastu tertido

ok la
good night everybody
zzZZZZzzzz

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...